Trip to Heaven

As truth be told,homecoming never gets old...

Kata orang,ayat aku sentap
Merentap sampai ke lubuk hati 
Pedih berbisa
"Kau tak reti berbahasa lembut ke kawan?",kata mereka
Aku senyum nampak gigi 24 batang

AKU ADA CARA AKU SENDIRI

Aku egois?
Aku rasa bajet bagus dengan ayat2 sentap gitu?
TAK !
Aku ada SEBAB
Tapi..entry lakaran ilham buat aku berfikir
Benar katanya..kata-kata boleh membawa kepada dosa..ataupun pahala
Dan tulisan aku adalah kata-kata yang berbicara tanpa suara...BISU!
Ya Allah..Kau redhailah segala usahaku yang sekelumit ini..amin


Kau tahu?
Tarbiyyah umpama hospital
Mana ada orang pergi hospital dengan tersenyum riang ria
Melalui proses tarbiyyah adalah 1 kepahitan
Kenapa?
Kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan
Murabbi yang memberikan tarbiyyah umpama doktor memberikan ubat
Walaupun pahit ditelan
Tapi di sana ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihat 
Kesan terdidik dengan tarbiyyah

Sebab tu
Kalau aku menulis dengan riang ria
Setakat mana riang ria tu akan berbekas di hati kau?
Kalau sentap gini,sekurang2nya kau akan ingat
Sebab kau marah+xpuas hati dengan bicara aku

Aku tau
Tulisan aku macam VCD cetak rompak
Penyampaian ada lompat sana sini..tersekat2
Tapi..selagi kau tekun mendengar
Pasti ada bait-bait untuk kau senyum..atau marah
Pasti ada rangkap yang buat kau berfikir
Tapi..hidup ni perlu berkongsi kan?*senyum

nota kaki:aku akan terus dengan cara aku!

0 comments:

Post a Comment

About this blog

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

About Us

Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira Hidup itu untuk akhirat Living here for the hereafter Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa kepada kesesatan.. Begin with the ending in mind...

Followers

Ray Templates

Sembang Sembang