Trip to Heaven

As truth be told,homecoming never gets old...

~Kata2 As-Syahid Imam Hassan Al-Banna~

"Saudara2 sekalian,
kamu bukan pertubuhan kebajikan
bukan pertubuhan parti politik
bukan pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas
tapi kamu adalah roh baru
yang mengalir dalam urat nadi umat ini
lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran.
Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar
yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dan mengenal Allah.
Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah s.a.w"

Huh!panjang lebar
*sambil mengelap peluh
kau paham ke apa yang aku nak gtau?

Kau cahaya baru?
Kau suara lantang?
Kau nak hancurkan kegelapan kejahilan?
Kau nak hidupkan dakwah?
Hahahhaha
Perasan!
Pigiiidahhhh!
Kau rasa dah bagus sangat ke diri kau tu?
Banyak mana sangat ilmu kau?

Kau tak bagus?
Kau lemah?
Kau tak mampu?
Kau kerdil?
Ilmu kau ciput je?
Nasib kau kau sedar diri*urut dada.haha
Tu tandanya kau berada di paras normal
Kau belum bertukar kepada alien bertanduk

Ditarbiyyah untuk mentarbiyyah
Tarbiyyah aqliyyah
Nak bawak Islam tapi tak tau pape
Tanya tu tak tau..tanya ni tak tau
Buat malu pejuang agama je
Macam ni nak bawak agama?
Huh!

Aku bukan suruh kau bunuh diri pun!Upgrade la diri kau kawan!



Hey!
Dont be yourself
But improve yourself step by step!
Macam mana nak improve diri ni brader?
Baca la weh!
Brader Napeleon Bonaparte penah cakap kan
"Read!You ll conquer da world!"
Kau dah tau ilmu kau tu ciput,baca la banyak2
Tak payah berlagak macam ilmu penuh di dada la!*muntah purple
Baca la wei..baca..
At least 1 buku seminggu
Ada berani?

Kalau tengok orang baca buku kat dalam bas
'Pe kes mamat tu?bajet tol la..dalam bas pun nak baca
Bajet ulat buku la tu"
Oiii!Ulat buku gitu 56x lagi bagus dari ulat bulu cam kau tau tak?
Ada orang allergic dgn buku.Aku tau

nota kaki:Nak bina manusia tak semudah masak megi


-Monolog kromosom XX-
Aku da umur 20 lebih ni
Calon suami pun takde lagi
Kusut...kusut

-Monolog kromosom XY-
Ala..baru 20 lebih
Apa nak kecoh beb
Life begin at 40 pe
Aku tak puas enjoy lagi
PS3,skateboard,hiking,komik
Ala..aku nak enjoy puas2 dulu

Amaran keras dengan penuh kasih sayang
Entry aku ni bukan pasal nikah kawen
Ni cerita tentang pemikiran muda mudi sekarang

Yang pompuan sebok nak pkir rumahtangga 
Yang lelaki sebok nak enjoy
Kalau semua golongan muda macam ni,nak harapkan siapa lagi untuk jadi pembela?
Nak harapkan golongan2 yang pakai gigi palsu?
Pembela apa?
Pembela agama
Pencorak masa depan
Pemimpin negara

Jodoh tu rahsia Allah..tak payah nak sebok2 pun xpe

Ala..aku muda lagi
Takde pengalaman..mentah
Tak mampu terikat dengan komitmen

HABIS?
Bila baru kau rasa kau mampu?

Sultan Muhammad al-Fateh tawan Constantinople masa die umo 22 kan?
So what?
Sejarah dah membuktikan
Kuasa anak muda
Kau dah umo 20?Apa yang dah kau buat?
Sebok nak tawan hati anak dara+anak teruna orang?
Come on la wei
Keluar dari kepompong pemikiran yang sempit
Hidup ni bukan sekadar makan+minum+kawen+anak

Sukarno penah cakap kan
"Berikan aku 10 orang pemuda,akan aku gegarkan dunia!"
Haha..aku nak tergelak
Kata2 tu dah TAK VALID sekarang
Sebab?
Pemuda2 sekarang tak lebih daripada BUIH-BUIH di laut
Ramai tapi TAK BERGUNA!
Berapa kerat je yang memikirkan masalah+masa depan ummah??


nota kaki:Kau rasa macho dah sangat ke ada muscle berketul-ketul tapi sebesar habuk pun tak penah pkir pasal ummah?

Kata orang,ayat aku sentap
Merentap sampai ke lubuk hati 
Pedih berbisa
"Kau tak reti berbahasa lembut ke kawan?",kata mereka
Aku senyum nampak gigi 24 batang

AKU ADA CARA AKU SENDIRI

Aku egois?
Aku rasa bajet bagus dengan ayat2 sentap gitu?
TAK !
Aku ada SEBAB
Tapi..entry lakaran ilham buat aku berfikir
Benar katanya..kata-kata boleh membawa kepada dosa..ataupun pahala
Dan tulisan aku adalah kata-kata yang berbicara tanpa suara...BISU!
Ya Allah..Kau redhailah segala usahaku yang sekelumit ini..amin


Kau tahu?
Tarbiyyah umpama hospital
Mana ada orang pergi hospital dengan tersenyum riang ria
Melalui proses tarbiyyah adalah 1 kepahitan
Kenapa?
Kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan
Murabbi yang memberikan tarbiyyah umpama doktor memberikan ubat
Walaupun pahit ditelan
Tapi di sana ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihat 
Kesan terdidik dengan tarbiyyah

Sebab tu
Kalau aku menulis dengan riang ria
Setakat mana riang ria tu akan berbekas di hati kau?
Kalau sentap gini,sekurang2nya kau akan ingat
Sebab kau marah+xpuas hati dengan bicara aku

Aku tau
Tulisan aku macam VCD cetak rompak
Penyampaian ada lompat sana sini..tersekat2
Tapi..selagi kau tekun mendengar
Pasti ada bait-bait untuk kau senyum..atau marah
Pasti ada rangkap yang buat kau berfikir
Tapi..hidup ni perlu berkongsi kan?*senyum

nota kaki:aku akan terus dengan cara aku!

When people hate u for no reason,
remember that Allah loves u for no reasons

Tak susah pun kan?
Barulah hidup pun bahagia aman sentosa
Kan3?*tanda aman


"I m ok...alwiz.."
Susah kan nak cool+steady setiap masa
Senyum je memanjang

Perlu ke kita 'tempiaskan' probs kita kat orang2 sekeliling?
Tak patut2...
Tenang je...hati bergelodak pun..diri sendiri je yg tahu
Tak perlu 'melepaskan' rasa hati pada orang lain
'Melepaskan' di sini bmaksud 'hangin satu badan!'

.....................................................................

Ada pakcik naek motor jual kelapa jelly singgit satu
Berjanggut..berkopiah..berjubah putih..
Muka dia bersih..tenang..senyum..
Cari rezeki halal untuk anak2
Aku tersentuh*bergenang
Betapa kerakusan duniawi tak mampu 'menggugat' ketenangan muka dia
Sepenuh bergantungan dia hanya pada Yang Maha Kuasa
Badai gelora dunia tidak mampu membuatkan dia 'sujud' pada kemungkaran
Kemungkaran apa?Rasuah tu kemungkaran bukan?
Dia memilih untuk miskin harta daripada miskin akhlak
Apa yang penting?REDHA Allah !

kenapa kakitangan kerajaan gaji besar2 pun tak cukup duit jugak?
pikir2

nota kaki:aku insaf..

Demam PRU
PRU juz around da corner
Caya tak?haha..wait n see
Action speaks louder than words,rite?
*mata blink2 smbil angkat kening double jerk..haha

Berdengung2 telinga dengar..berasap
"Kita kakitangan kerajaan kena sokong kerajaan..UNDI kerajaan"
"Tak tau dek untung betol!kerajaan bagi gaji tiap2 bulan,bukan pembangkang"
"Bersyukur la sikit dengan segala kebaikan kerajaan tu.."
Pergh!Manusia2 macam ni kan..saje je cari pasal
Ada rasa macam nak hempuk dengan tilam Dunloppilo pun ada jugak!


kat negara kita ni takde Israel tapi ada "Israel jadian"..haha


Weh!kerajaan bagi kau macam2..kau nak ZAHIRKAN rasa bersyukur tu dengan undi
Allah bagi kau macam2,macam mana kau tunjukkan cara bersyukur?
Allah yang JADIKAN kau!dah lupa?
Allah yang JADIKAN pemimpin2 kerajaan
Macam mana cara mereka 'SEDAR DIRI' yang mereka tu cuma HAMBA Allah?
Setakat mana pemimpin2 tu MELAKSANAKAN hukum2+perintah Allah?
Hahaha..rasa macam nak gelak benda yang tak lawak

Tak tau dek untung betol la..
Allah jadikan anggota badan sempurna..akal cerdik..tapi...sebok nak lawan perintah Allah
Tak tau dek untung betol la..
Allah bagi pinjam macam2 ilmu..bajet macam dah pandai sangat la aku ni..sampai lagi pandai dari Allah
Tak tau dek untung betol la..
Segala 'pinjaman' yang Allah bagi digunakan untuk lawan tuan sendiri
Tak sedar diri betol..tak sedar diri yang hanya berTARAF HAMBA
Pemimpin macam ni ke yang patut diangkat?
Ni ke pemimpin yang bersyukur?*senyum kambing

Simbolik turun bendera yang tak menyalahi hukum dunia+akhirat dikira BIADAP..
tapi HINA hukum Allah tu tak dikira biadap?
hahaha..manusia2 macam ni yang patut dihempuk awal2 lagi

nota kaki:tak perlu menjadi REFORMIST..tapi jadilah mahasiswa yang MERDEKA pemikirannya

Siapa aku?

Yezza!
Siapa aku?

Mungkin
Aku budak IT
Aku doc-to-be
Aku cikgu r
Aku budak PAI
Aku pemidato hebat
Aku budak Mass Com

Tak kesah la sape pun aku ni
Apa yang aku boleh buat untuk Islam

Hah?
Yela..
Kalau dalam kubur nanti Allah tanya..
Dengan segala kuasa,duit,pangkat,ilmu dan kesenangan yang kau ada
Apa yang dah kau sumbangkan untuk Islam?
Perghh!sentap tak?
Nak jawab ape?

Kau chekgu..didik la anak2 murid dgn ilmu agama
La..kalau ajar MT ke..Bi ke..boleh je pun nak selit2 ilmu agama
Contoh..ajar Adverb.."honesty"..kaitkanla dengan ajaran Islam yang kena jujur
Ada kena buang kerja ke kalau macam tu?

Kau doc..gtau patient sal doa+ikhtiar+tawakal
Gtau yang penyakit tu ujian dari Allah
Untuk jahit sejadah iman yang kian terkoyak
Boleh kan?


Sebenarnya..tak kesahla sape pun kau..
Selagi kau nak berdakwah..ada banyak cara..method..pendekatan
Guna la cara mana pun yang kau nak
Yang penting..kau tau apa yang kau buat
Yang penting kau nak sebarkan risalah Islam
Yang penting kau nak kembalikan masyarakat kepada hidup bertuhan

Kau suka melukis?lukislah untuk Islam
Kau suka menulis?tulislah tentang langit Ilahi
Kau suka fotografi?amekla gambar bukti kekuasaan Allah
Kau suka ngadap lappy?buatla grafik/video untuk sebarkan kebaikan
Kau suka apa lagi?
BUATLA!buat je apa yang kau suka
Buat..semuanya untuk Islam..
Yang penting..apa yang kau mampu sumbangkan untuk Islam...

nota kaki:Hidup dan mati kan hanya untuk Allah..nape nak 'berkira' bab menolong agama?

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah..belog baru..berjaya dibuat dengan izin Allah..



Tengok gambar ni
Apa yang kita paham?

This is all about life
Macam2 isu sekarang
SMM,bendera Najib diturunkan,kawen sama jantina,student power
Semua ni tentang hidup
Perjuangan untuk meneruskan hidup
Siapa setuju angkat gigi 2 batang

Macam2 orang cakap
Bajet bagus la mahasiswa sekarang
Ada hati nak memperjuangkan student power
Apa yang diorang dapat?
Habuk?Penjara?Publisiti murahan?
Diam2 sudah..belajar jela..PTPTN ada..nak apa lagi?

Haha..ni la..
Manusia2 yang malas
Ape barang belajar pandai2 tapi menikus takut(pandai ke?)
Ape barang dah nampak terang tang tang kejahilan depan mata,tapi buat2 buta tak nampak
Ape barang ada intenet la,ipad la,iphone la,4G la tapi tak nak cari fakta
Senang2 je hadam lepas kena suap dengan berita TV yang tah hape2

Hidup ni..semua tentang perjuangan
Perjuangan menamatkan kezaliman..itu perjuangan
Perjuangan memartabatkan Islam..itu perjuangan
Perjuangan untuk membela golongan tertindas..itu perjuangan
Perjuangan untuk menjaga kepentingan diri..itu perjuangan manusia PENGECUT

Haiwan pun menjaga kepentingan diri diorang kan?
Makan,minum,berpasangan..
Pastu,apa yang membezakan manusia dengan haiwan?(garu2 kepala yang tak gatal)


May Allah bless

nota kaki:You dont know what their journey is about

About this blog

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

About Us

Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira Hidup itu untuk akhirat Living here for the hereafter Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa kepada kesesatan.. Begin with the ending in mind...

Followers

Ray Templates

Sembang Sembang