Trip to Heaven

As truth be told,homecoming never gets old...


Hidup mulia atau mati syahid
Kenapa nak ketaq lutut dengan manusia?
Bukan manusia pun yang bagi kita nafas
Bukan manusia pun yang bagi kita rezeki
Nyawa...hidup..mati...semua di tangan Allah kan?
Yakin jela...

Perjuangan untuk menegakkan Islam ini bukan atas dasar semangat
Perjuangan ini digerakkan atas dasar kefahaman
Faham...tujuan hidup..kenapa perlu wakafkan diri untuk agama..

Apa nak takut?
Berbahagialah..
Perjuangan ini tak pernah merugikan
Malah menjanjikan saham di akhirat..(kalau ikhlas la)
Kalau pun tak menang di dunia...
Kalau pun mati di dunia...
Kalau pun dihina+dikeji di dunia..
Pejuang2 ini akan menang di akhirat (insyaAllah)
Jangan gentar...jangan takut...jangan resah..
Serahkan sepenuh hati dan keyakinan pada Allah..
Andai pejuang2 ini diseksa...dibunuh...
Berbahagialah..setiap titisan darah itu menjadi saksi di akhirat
Setiap anggota badan yang hancur..menjadi saksi pengorbanan..
Syurga menanti di akhirat...
Syurga tu kekal dan abadi..

notakaki:Mengimpikansyahid...

"Jika Allah menolong kamu, maka tiada yg dpt mengalahkanmu, tetapi jika Allah membiarkanmu, maka siapa yg dpt menolongmu setelah itu?? krn itu hendaklah kepada Allah saja org2 mukmin bertawakkal.."

"Kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang"

kecoh sekarang ni budak2 IPG dapat baucer buku..kenapa tetiba je?sebelum ni bebudak IPT je y dapat baucer buku...bolehkah ini dikira sebagai gula-gula politik?'menggula-gulakan' pengundi muda..sebab...untuk memancing undi..kebanyakan bebudak IPT dan IPG memang golongan yang layak mengundi... pernah terfikir tak?

adik kakak y dikasihi kerana Allah..we r 20++ da..da cukup besar..utk membuat banding beza..pro n cons...buka hati..buka minda...buka mata..tengok suasana negara kita..n di kampus terutamanya..setakat mana kesedaran bebudak kita tentang isu semasa.Semua dalam 'comfort zone'. Tak nak kesah pape..Mentaliti kelas ke 27 kot.."aku dah dapat PTPTN+elaun,relax2 suda..pe lagi aku nak?blajo jela..buat apa nak tau sal politik?bosan!buang masa je..xde kaitan dgn aku pun.'dasar berkecuali' lagi bagus"..gini r y bese mahasiswa fikir...diorang lagi suke hidup dlm dunia mereka sndiri..

Gini ke y dpanggil minda kelas pertama??bluekkkk!muntah purple...pe kes gitu..tau bab study je..esemen je...n bajet2 mcm ulat buku y kaki study..nk excellent dlm course masing2..tapi..takde pun dapat 4.0 every sem kan..(opss..diri sndiri sentap)..ni tak lebih hanya sekadar INDIVIDUALISME...ataupun SELFISH...juz fkir kepentingan diri semata-mata..tanya bab isu semasa..xtau..tanya sal pkembangan negara Islam y bperang..xtau..tanya sal ekonomi ngra..xtau gk..gini ke mahasiswa y 'bijak pandai'?mahasiswa minda kelas pertama?mahasiswa y ad degree xtau pape pun!wat malu je..xlayak lgsung...kalau ada gerakan y nk jajah negara pun,confirm xtau pape..tau2 je..negara dah terjajah..sedar2 je..bile diri sendiri da kena rape dgn tentera2 US..gitu ke bru nk sedar?Allah...tolong la sedar..hidup ni bukan hanya juz utk belaja y dlm kelas je...byk benda lg dlm hidup ni...tu tak kira lagi 'saham' selepas mati.....(tunduk kepala...kuis2 kaki..insaf..xtau nk bawak bekal pe dlm kubur..)..4.0 pointer pn xdpt tlg pape..smoga usaha kite y secebis utk agama dpt mbantu kite kelak..Allah...

notakaki:kuasa anak muda..jangan biarkan minda terjajah dan dimanipulasi oleh media2...kite anak muda y bebas..nk tgk TV3..tengoklah..nk bca Berita Harian..NST..Harakah Daily..bca la semua..jgn sempitkan pemikiran dan terkongkong..BEBASKAN!tau semua bnda..dan kemudian..nilai sndiri..apa y kita mahu..y mana maen langgar je hukum Allah..y mna buat 'law sndiri n ignore hukum Allah..'..fikir..fikir..fikir..keluar dari ZON SELESA!keluar dri CENGKERANG budak hingusan!

As truth be told,homecoming never gets old

Setelah kebenaran diketahui,tidak pernah ada istilah lambat untuk kembali ke pangkal jalan
Benar bukan?
Setelah menyesali dosa dan noda lampau,ruang dan pintu taubat terbuka luas
Antara mahu atau tidak
Tu je
............................

Kenapa persoalan syurga dan neraka diasingkan dalam perbualan seharian?
Tak nak matikah?
Nak menongkat langit?
Bukankah mati tu pasti?
Compulsory!
Cuma sama ada cepat atau lambat je

Iye
Bercakaplah tentang syurga dan neraka
Baru kita akan sentiasa beringat-ingat
Baru kita akan sentiasa sedar diri
Baru kita akan takut untuk membuat kemungkaran

u-turn ke pangkal jalan !

nota kaki:antara 2 persimpangan..mengikut atau melawan nafsu sendiri

~Kata2 As-Syahid Imam Hassan Al-Banna~

"Saudara2 sekalian,
kamu bukan pertubuhan kebajikan
bukan pertubuhan parti politik
bukan pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas
tapi kamu adalah roh baru
yang mengalir dalam urat nadi umat ini
lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran.
Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar
yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dan mengenal Allah.
Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah s.a.w"

Huh!panjang lebar
*sambil mengelap peluh
kau paham ke apa yang aku nak gtau?

Kau cahaya baru?
Kau suara lantang?
Kau nak hancurkan kegelapan kejahilan?
Kau nak hidupkan dakwah?
Hahahhaha
Perasan!
Pigiiidahhhh!
Kau rasa dah bagus sangat ke diri kau tu?
Banyak mana sangat ilmu kau?

Kau tak bagus?
Kau lemah?
Kau tak mampu?
Kau kerdil?
Ilmu kau ciput je?
Nasib kau kau sedar diri*urut dada.haha
Tu tandanya kau berada di paras normal
Kau belum bertukar kepada alien bertanduk

Ditarbiyyah untuk mentarbiyyah
Tarbiyyah aqliyyah
Nak bawak Islam tapi tak tau pape
Tanya tu tak tau..tanya ni tak tau
Buat malu pejuang agama je
Macam ni nak bawak agama?
Huh!

Aku bukan suruh kau bunuh diri pun!Upgrade la diri kau kawan!



Hey!
Dont be yourself
But improve yourself step by step!
Macam mana nak improve diri ni brader?
Baca la weh!
Brader Napeleon Bonaparte penah cakap kan
"Read!You ll conquer da world!"
Kau dah tau ilmu kau tu ciput,baca la banyak2
Tak payah berlagak macam ilmu penuh di dada la!*muntah purple
Baca la wei..baca..
At least 1 buku seminggu
Ada berani?

Kalau tengok orang baca buku kat dalam bas
'Pe kes mamat tu?bajet tol la..dalam bas pun nak baca
Bajet ulat buku la tu"
Oiii!Ulat buku gitu 56x lagi bagus dari ulat bulu cam kau tau tak?
Ada orang allergic dgn buku.Aku tau

nota kaki:Nak bina manusia tak semudah masak megi


-Monolog kromosom XX-
Aku da umur 20 lebih ni
Calon suami pun takde lagi
Kusut...kusut

-Monolog kromosom XY-
Ala..baru 20 lebih
Apa nak kecoh beb
Life begin at 40 pe
Aku tak puas enjoy lagi
PS3,skateboard,hiking,komik
Ala..aku nak enjoy puas2 dulu

Amaran keras dengan penuh kasih sayang
Entry aku ni bukan pasal nikah kawen
Ni cerita tentang pemikiran muda mudi sekarang

Yang pompuan sebok nak pkir rumahtangga 
Yang lelaki sebok nak enjoy
Kalau semua golongan muda macam ni,nak harapkan siapa lagi untuk jadi pembela?
Nak harapkan golongan2 yang pakai gigi palsu?
Pembela apa?
Pembela agama
Pencorak masa depan
Pemimpin negara

Jodoh tu rahsia Allah..tak payah nak sebok2 pun xpe

Ala..aku muda lagi
Takde pengalaman..mentah
Tak mampu terikat dengan komitmen

HABIS?
Bila baru kau rasa kau mampu?

Sultan Muhammad al-Fateh tawan Constantinople masa die umo 22 kan?
So what?
Sejarah dah membuktikan
Kuasa anak muda
Kau dah umo 20?Apa yang dah kau buat?
Sebok nak tawan hati anak dara+anak teruna orang?
Come on la wei
Keluar dari kepompong pemikiran yang sempit
Hidup ni bukan sekadar makan+minum+kawen+anak

Sukarno penah cakap kan
"Berikan aku 10 orang pemuda,akan aku gegarkan dunia!"
Haha..aku nak tergelak
Kata2 tu dah TAK VALID sekarang
Sebab?
Pemuda2 sekarang tak lebih daripada BUIH-BUIH di laut
Ramai tapi TAK BERGUNA!
Berapa kerat je yang memikirkan masalah+masa depan ummah??


nota kaki:Kau rasa macho dah sangat ke ada muscle berketul-ketul tapi sebesar habuk pun tak penah pkir pasal ummah?

Kata orang,ayat aku sentap
Merentap sampai ke lubuk hati 
Pedih berbisa
"Kau tak reti berbahasa lembut ke kawan?",kata mereka
Aku senyum nampak gigi 24 batang

AKU ADA CARA AKU SENDIRI

Aku egois?
Aku rasa bajet bagus dengan ayat2 sentap gitu?
TAK !
Aku ada SEBAB
Tapi..entry lakaran ilham buat aku berfikir
Benar katanya..kata-kata boleh membawa kepada dosa..ataupun pahala
Dan tulisan aku adalah kata-kata yang berbicara tanpa suara...BISU!
Ya Allah..Kau redhailah segala usahaku yang sekelumit ini..amin


Kau tahu?
Tarbiyyah umpama hospital
Mana ada orang pergi hospital dengan tersenyum riang ria
Melalui proses tarbiyyah adalah 1 kepahitan
Kenapa?
Kerana terpaksa melawan nafsu dan keinginan
Murabbi yang memberikan tarbiyyah umpama doktor memberikan ubat
Walaupun pahit ditelan
Tapi di sana ada kemanisan bagi diri yang jiwanya sihat 
Kesan terdidik dengan tarbiyyah

Sebab tu
Kalau aku menulis dengan riang ria
Setakat mana riang ria tu akan berbekas di hati kau?
Kalau sentap gini,sekurang2nya kau akan ingat
Sebab kau marah+xpuas hati dengan bicara aku

Aku tau
Tulisan aku macam VCD cetak rompak
Penyampaian ada lompat sana sini..tersekat2
Tapi..selagi kau tekun mendengar
Pasti ada bait-bait untuk kau senyum..atau marah
Pasti ada rangkap yang buat kau berfikir
Tapi..hidup ni perlu berkongsi kan?*senyum

nota kaki:aku akan terus dengan cara aku!

When people hate u for no reason,
remember that Allah loves u for no reasons

Tak susah pun kan?
Barulah hidup pun bahagia aman sentosa
Kan3?*tanda aman


"I m ok...alwiz.."
Susah kan nak cool+steady setiap masa
Senyum je memanjang

Perlu ke kita 'tempiaskan' probs kita kat orang2 sekeliling?
Tak patut2...
Tenang je...hati bergelodak pun..diri sendiri je yg tahu
Tak perlu 'melepaskan' rasa hati pada orang lain
'Melepaskan' di sini bmaksud 'hangin satu badan!'

.....................................................................

Ada pakcik naek motor jual kelapa jelly singgit satu
Berjanggut..berkopiah..berjubah putih..
Muka dia bersih..tenang..senyum..
Cari rezeki halal untuk anak2
Aku tersentuh*bergenang
Betapa kerakusan duniawi tak mampu 'menggugat' ketenangan muka dia
Sepenuh bergantungan dia hanya pada Yang Maha Kuasa
Badai gelora dunia tidak mampu membuatkan dia 'sujud' pada kemungkaran
Kemungkaran apa?Rasuah tu kemungkaran bukan?
Dia memilih untuk miskin harta daripada miskin akhlak
Apa yang penting?REDHA Allah !

kenapa kakitangan kerajaan gaji besar2 pun tak cukup duit jugak?
pikir2

nota kaki:aku insaf..

About this blog

Pages

Total Pageviews

Powered by Blogger.

Popular Posts

About Us

Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira Hidup itu untuk akhirat Living here for the hereafter Permulaan yang berpaksikan pengakhiran takkan bawa kepada kesesatan.. Begin with the ending in mind...

Followers

Ray Templates

Sembang Sembang